Azam Baru 2014 :*
Sunday, 5 January 2014 | 02:11 | 0 comments
Assalamualaikum :*
holla :*
Selamat tahun baru 2014, tutup sudah buku kisah 2013. Kini buka pula buku baru untuk teruskan perjalanan hidup.
Dengan kisah yang baru, kenangan 2013 akan perlahan-lahan kita tinggalkan saat demi saat. Mungkin masih terasa hangatnya namum cabaran sedang menanti kita didepan.
Cabaran dan dugaan sentiasa ada, namum apalah kuasa kita untuk meramal apa yang bakal berlaku esok. Mahu atau tidak setiap dugaan yang datang kita tempuhi dengan tabah.
Azam tahun baru, ini selalu sangat diperkatakan setiap orang. Namum setiap tahun azam aku adalah sama, "aku mahu tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun yang lepas", dalam semua perkara berkaitan kehidupan aku. Azam aku secara umum, tiada yang khusus.
Aku tidak suka letakkan satu target secara melulu. Namum aku akan mula tetapkan matlamat apabila ada peluang. Aku akan rebut peluang yang datang kepada aku dan aku akan berusaha untuk mencapai target itu.
Peluang apa? Apa-apa sahaja peluang yang aku rasa aku mampu lakukan serta menjadikan kehidupan aku menjadi lebih baik. Simple kan.
Bukan apa nanti apabila kita tiba dihujung tak adalah rasa kecewa sangat sebab tak capai apa yang di impikan. Betul tak?..hahaha..bukan tak bagus tulis azam besar-besar tampal dekat dinding. Itu semua cara kita masing-masing, terserahlah. Lain orang lain cara dia.
AZAM BARU KU :*
2014 ^_^
YEAHHHHHH !!!!!
BubYe :*
I LOVE YOU S..... I.... :*
ASSALAMUALAIKUM :)








